share! rate this site UPGRADE create website login
Zoomshare resources

Terjemahan Melayu Untuk Lirik Lagu Hindi

Laman Utama

 

Lirik Melayu

Kepada peminat lagu-lagu hindi, pasti bersetuju apabila saya katakan bahawa irama bollywood sememangnya ada keunikkannya yang tersendiri. Kebanyakkan lagu-lagu hindi adalah bertemakan percintaan dan akan mudah dihayati apabila memahami liriknya. Laman ini memberi kemudahan kepada anda untuk download lirik lagu hindi yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu secara percuma.

 

 

 

1. Kepada peminat filem lama pasti turut meminati sebuah filem hindi yang ditayangkan pada tahun 1973 yang bertajuk Bobby. Adengan yang saya minat dalam cerita ini adalah apabila kedua-dua pasangan kekasih itu terkunci di dalam sebuah bilik dan masa yang terluang digunakan dengan nyanyian yang bermula dengan lirik ' Orang diluar nak masuk tak boleh, orang didalam nak keluar pun tak boleh, cuba fikir jika keadaan ini berlaku, apa akan jadi? Saya dan kamu, dalam satu bilik tertutup dan kuncinya hilang '. Tajuk bagi lagu tersebut adalah Hum Tum Ek Kamre Mein (Saya Dan Kamu Dalam Satu Bilik). Jom hayati bersama!!!!!

         Listen to this song!      Read Lyrics!

2.  Ingat tak filem Chori Chori Chupke Chupke lakonan Preity Zinta, Salman Khan dan Rani Mukherjee yang ditayangkan pada tahun 2001? Cerita tentang kehidupan berkeluarga yang mempunyai elemen sedih gila. Ada satu lagu yang menjadi siulan anak muda, mak muda dan bapak yang sentiasa rasa muda pada ketika itu.Liriknya ada berbunyi " Hatiku telah kau bawa jauh secara curi-curi dan senyap-senyap". Romantik gituh.

    Malangnya di dalam lagu ini terdapat lirik yang mungkin mampu memesongkan akidah individu Islam yang mendengarnya iaitu lirik yang berbunyi 'tujhpe rab se bhi zyaada bharosa kiya'  yang bermaksud 'saya telah berikan kepercayaan kepadamu melebihi kepercayaan yang tuhan berikan kepadamu'. Secara tak langsung menganggap dia lebih hebat dari tuhan. Baik buruknya saya serahkan kepada anda untuk memikirkannya. Saranan saya, lupakan saja, minat biarlah bertempat. Jangan lupa, banyak lagi lagu hindi lain yang mempunyai lirik romantik.

           Listen to this song!        Read Lyrics!

 

3.   Filem hindi banyak diadaptasi dari filem-filem barat. Salah satu antaranya adalah filem keluaran 2004 yang bertajuk Murder, lakonan Malika Sherawat dan Imran Hashmi. Filem yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak dan remaja bawah umur kerana mengandungi unsur 18SX. Namun begitu terdapat satu lagu yang berbunyi seksi dan seksa, nyanyian Alisya Chennoi yang bertajuk  "Hati ini telah beribu-ribu kali terhenti... henti... henti", terjemahan kepada Dil Ko Hazar Bar Roka Roka Roka.

          Listen to this song!          Read Lyrics!

 

4.    Kembali ke tahun 1999. Ingatkah anda kepada filem lakonan Amir Khan dan Manisha Koirala yang bertajuk Mann? Filem ini mempunyai banyak lagu yang menarik perhatian peminat lagu-lagu hindustan. Terdapat satu adengan dimana di tengah-tengah pelayaran, Manisha Koirala singgah dirumah nenek Amir Khan yang hidup keseorangan. Kemudian alunan irama sayu mula kedengaran. Lagu yang dialunkan tak lain tak bukan ilah Khushiyan Aur Gham. Bila lirik hindi ini diterjemah ke dalam bahasa melayu, ia akan berbunyi "Kegembiraan dan Kesedihan". Walaupun lagu ini berunsurkan nasihat, namun masih sesuai dijadikan halwa telinga kita. Jom hayati bersama!!!

        Listen to this song!            Read Lyrics!

 

5.     Tahun 1999 juga menampilkan sebuah filem lakonan Kajol dan suaminya Ajay Devgan bertajuk Dil Kya Kare. Cuma di dalam filem ini watak isteri kepada Ajay Devgan dilakonkan oleh Mahima Chaudhry. Filem ini mengutarakan konflik rumahtangga yang mungkin boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Apatah lagi pada zaman moden ini, tatkala kita sering didedahkan dengan isu seks bebas dan kes buang bayi, konflik yang disampaikan melalui filem ini mungkin dapat memberi sedikit peringatan kepada kita. Disini, saya sediakan Lirik lagu yang sama seperti tajuk filem ini iaitu Apa yang hati perlu lakukan? terjemahan kepada Dil kya kare.

        Listen to this song!            Read Lyrics!


If you are the owner of this site:
You can start editing your web site by clicking here.
Forgot your zoomshare username or password? Get it here.


Search zoomshare.com

site  zoomshare 

Subscribe

Enter your email address:

Social